Ahad, Julai 30, 2006

AF4 - Konsert 9



Semalam AF4 lebih kepada persembahan untuk memasukan seorang pelajar bagi ke peringkat akhir AF4 dan yang terpilih oleh anda semua adalah "Lotter". Pada KerepeK memang Lotter layak, biarpun vokel Lotter sikit kurang tetapi Lotter baik di dalam persembahan, dan setiap orang yang melihat persembahan Lotter pastinya akan terhibur.
Ini sekadar teguran komen untuk semua:: Janganlah jadi macam si Amirul, buruk betul perangai. jika anda lihat sebelum persembahan Amirul ada ditunjukkan video klip semasa Amirul hendak menerima surat daripada Astro melayakkan dia hadir bagi menjadi peserta dalam Konsert Prelude. Semasa itu dia sedang tidur di ruang tamu, tetamu datang - Lihat sikap Amirul tidak menghormati tetamu, sedangkan Islam ada nyatakan "Hormatilah Tetamu Anda" tetapi Amirul biarpun tetamu ada di situ, Amirul masih hendak meneruskan tidurnya.
Jika mengantuk sekalipun pindahlah ke tempat lain, hormatilah tetamu. Inikah sikap seorang artis yang anda mahu pilih?
Dan lihat pula semasa Adlin memberi komen, Amirul tidak juga menunjuk sikap hormat kepada orang yang lebih tua daripadanya dan kerana itu juga lihat Adlin marah pada Amirul kerana tidak ambil serius dengan teguran yang diberi oleh Adlin. MALU..KerepeK jika itulah artis yang kita pilih!! (maaf kepada peminat2 muka Amirul yang kononnya comel - tetapi perangai..emm!)

Muaturun lagu2 daripada Konsert 9 : (Klik link Utama)
AF4 - Konsert Ke sembilan << - Klik yang ini ::
- antara tajuk lagu yang dinyanyikan -
Nour El Chams - Pascale Machaalani : Dinyanyikan oleh Salima
Pria Terhebat - Sheila On 7 : Dinyanyikan oleh Lotter
The Reason - Hoobastank : Dinyanyikan oleh Rich
Kurniaan Cinta - Adi Fashla AF1 : Dinyanyikan oleh Amirul
Diari Seorang Lelaki - Pretty Ugly : Dinyanyikan oleh Diddy
Jejaka Idaman - Raja Ema : Dinyanyikan oleh Karen
Bisikan Hati - Toh Puan Setia Datuk Rafeah Buang : Dinyanyikan oleh Zila
Berpaut Di Dahan Cinta - Dayangku Intan : Dinyanyikan oleh Nora
Hujan - Uji Rashid & Hail Amir : Dinyanyikan oleh Pelajar AF4
Tanda Kasih - Uji Rashid & Hail Amir : Dinyanyikan oleh Pelajar AF4
Hendak Ku Tanya Terasa Malu - Uji Rashid : Dinyanyikan oleh Pelajar AF4
Berilah Kasih Sayang - Uji Rashid : Dinyanyikan oleh Pelajar AF4

17 ulasan:

bang MAT berkata...

betul & setuju apa yang Tuan Kepek cakap kan tu Amirul tu kurang ajar..

Tanpa Nama berkata...

Hmmm .. bukan clip penyerahan tawaran jd student AF4 tuh adalah gimik astro shj ker ..

Tanpa Nama berkata...

Bagi sayalah, Amirul tu sebenarnya ingin menyembunyikan kegembiraannya semasa pihak Astro nak buat kejutan. Sebab tu lah dia tidur balik.

MISYA berkata...

Misya memang tak suka langsung si Amirul tu...Biasalah budak-budak yang b aru nak naik nie...

Doakekasih berkata...

Budak amirul tu muda lagi...bimbinglah dia dengan teguran yang membina..

apai berkata...

menyampah aku tengok amirul tu, biasalah anak org kaya memang mcm tu, x tau hormat org.
Buat malu org sarawak je

Tanpa Nama berkata...

lerrr ... yg amirul tido balik tuh lakonan semata mata ler.. isk korang nih. Tapi memang amirul kene belajar cam maner nak berhadapan ngan khalayak ... masih mentah!! tegor2 ler anak2 muda kita yg tgh nak naik...

mat tido berkata...

biarpun satu lakunan biarlah lakun yg bagus yg tidak menunjukkan sikap kurang ajar anak2 muda. apalah

anakmami berkata...

amboi kerepek pandai jadik pengkritik ya... secara peribadi saya rasakan persembahan Amirul malam itu, mmg tidak setimpal dengan undi yang diterima. mudah2an lepas nih baru dia tahu dia kena usaha 100% lebih baik!

Irama 2006 berkata...

masalahnya bukan sebab dia tu kaya, perangai dia macam tu..ada lagi dalam dunia ni, orang kaya yang baik hati dan bersopan santun..masalahnya dia tu memang ego..perangai dia mmg buruk.ubah lah perangai..!!

incfeax berkata...

yg cdehnya naper la c amirul tu masuk lam realiti tv show yg ntahpape ntah.dahla hiburan murahan, cum on la.he can get anything more than dat.aku pon x phm naper dier masuk.mmg dr awl lg aku tau yg dier 2 men2 je masuk af tu.since kecik sampai besar ni pun, prangai dier x ubah2.u hv d right to say dat, but we cant blame others for they are already becum.they just being real to real world.eventho it hurts.u havent see the real world k.face the fact.

MeG berkata...

Tuan Kepek, tak der ker video wmv ker masa Aznil buat lawak time dia miming lagu Jepun tuh? Nak laaaaa... chumel sangat... If awak ader laaaa...

Tanpa Nama berkata...

Amirol tu memang kuang ajo! Keep it Real kepalak hotak nye!

Tanpa Nama berkata...

saya ijoy. Bagi yang mengutuk si Amirultu, sedar-sedarlah bahawa yang diatu sedih sebab masa wartawan datangtu, bukan nama dia yang terpihil, tetapi nama Lotter. Mestilah dia buat tak peduli. Kalau dia tayang muka kat wartawan tu ,tapi akhir nanti bila wartawan tahu itu bukan Lotter, mestilah dia malu gillerrrrrrr. Janganlah nak mengutuk dia sangat.Sebelumnak kutuk orang , lebih bik cermin dulu muka sendiri tu. Jangan ingat awaktu angle tak pernah buat salah. Sebagai artis baru, bagilah support kat dia , bukan mengutuk dia. Insaflah semua. Terima kasih kepada semua yang backup Amirul.

Tanpa Nama berkata...

poyo la lu............

Tanpa Nama berkata...

Where did you find it? Interesting read » » »

julia berkata...

minta tolong uploadkan semula mp3 lagu2 konsert AF4...kat savefile atau 4shared plzzzz...terutama lagu2 nyanyian Diddy & Amirul..plzzzz yea!! thanx...