Khamis, Mei 01, 2014

PROTON dan Jualan


Ibarat lagu popular lagenda seniman tanahair, Allahyarham Tan Sri Sudirman Haji Arshad iaitu “Merisik khabar”. Di mana bait-bait lagu “terkapar-kapar ku kelemasan” cukup sesuai dengan situasi Proton hari ini. Terbaru….

Terbaru, Pengerusi Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil yang telah “berjaya” memiliki jenama nasional iaitu Proton melalui DRB Hicom Berhad ke atas syarikat Proton Holdings Bhd mula mengadu nasib mereka kepada umum melihatkan prestasi jualan model kereta Proton mereka:

Prestasi Jualan Proton

Berharap dapat meningkatkan jumlah eksport dengan memberi tumpuan kepada pasaran utamanya, yang termasuk United Kingdom , Australia dan Mesir.
  • Proton Holdings Bhd telah mengeksport model kereta mereka sejak 1986, yang terkini telah dijual di lebih daripada 25 buah negara.
  • Malangnya, sumber perolehan daripada pasaran luar negara masih di bawah 5%
  • Proton melancarkan model pertama, Proton Saga, pada tahun 1985, sebahagian besarnya hanya bergantung pada pasaran domestik.
  • Pada tahun 2002, Proton telah berjaya menjual 214,985 kenderaan, iaitu 49,43% daripada jumlah jualan kenderaan di Malaysia.
  • Malangnya buat Proton, apabila dek kerana rakyat Malaysia mula buka mata dan melihat pelbagai aspek termasuk aspek cukai kereta, perbandingan dengan kualiti & harga kereta import yang dibawa masuk ke Malaysia ditambah dengan persaingan daripada pembuat kereta asing, persepsi orang ramai, jumlah jualan kenderaan Proton telah menurun
  • Pada tahun 2012, Proton hanya berjaya menjual 141,121 kenderaan yang menyumbang bahagian pasaran sebanyak 22.5% sahaja
  • Pada tahun 2013, jualan terus menurun dengan jualan 138,730 unit (21.2% saiz pasaran di Malaysia)
Ini antara sebahagian kenyataan media Pengerusi Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil mengenai situasi Proton hari ini….
  • Khamil berkata Proton sedang mencari jalan untuk mengembangkan dan menjimatkan kos.
  •  
  • Ini termasuk penyeragaman alat ganti kereta.
  •  
  • ” Ini akan memberikan skala ekonomi yang akan kos akhirnya lebih rendah. Keuntungan kami mengecut dengan kenaikan kos. Bagi SV Saga baru 1.3, keuntungan bersih adalah di bawah RM500 dan ia adalah mengejutkan.
RM500 untung bersih jual kereta? Lawak apakah ini Tan Sri? Fakta atau auta?

Pengerusi Proton“Kita mesti menghasilkan nilai bagi wang untuk kereta dan terus menambah ciri-ciri keselamatan. Teknologi terkini kami memberi tumpuan kepada keselamatan penumpang, seperti enjin drop-down apabila kesan daripada kemalangan. Ini mengurangkan peluang maut.

“Kami mempunyai jurutera dan pereka yang bekerja ke atas kereta Proton peringkat tinggi. Hari ini, kita mendengar lebih sedikit aduan mengenai kereta Proton, ” katanya pada majlis perasmian bilik pameran Lotus 4S di sini, baru-baru ini .

Khamil berkata Proton juga sedang semula kepentingan perniagaannya dengan pelancaran model-model baru untuk meningkatkan jualan dan keuntungan.

“Proton untuk semua orang. Ramai warga kota membeli kereta Proton kerana mereka percaya dalam produk dan teknologi. Tetapi masih, ada orang yang mengatakan kereta kita mahal kerana ia dihasilkan dalam negara. Ia agak mustahil untuk harga kereta yang lebih rendah dengan kenaikan kos menjalankan perniagaan.

“Lihat masyarakat Jepun dan bagaimana mereka menyokong pembuat kereta mereka. Contoh lain ialah Korea Selatan, yang menyokong pemain tempatan seperti Samsung dan Daewoo. Saya tidak faham mengapa rakyat Malaysia tidak menyokong Proton, “kata Khamil.

Bagi Berita Semasa sendiri Proton perlu sedar, permintaan pengguna semakin kompleks hari ini. Tidak mahu kereta sub-standard seperti di zaman tahun 80an dan 90an, banyak pilihan di kalangan jenama yang lebih baik hari ini. Mereka ada pilihan.

Proton Mengkhianati Kepercayaan Pengguna & Pembeli

Lagipun Proton bukan semua syarikat kebajikan untuk rakyat tolong dan bantu. Anda keluarkan produk yang bagus pada harga yang kompetitif, pastinya saiz pasaran model kereta anda akan melonjak semula. Kepada Tan Sri Mohd Khamil Jamil merangkap Pengerusi Proton :
  • Orang KOREA beli motokar buatan KOREA bukan kerana PATRIOTIK.
  • Ia kerana mutu atau kualitinya sama naik dengan yang diimport.
  • Itu sebablah jenama motokar Korea boleh “bertahan” di pasaran luar yang kita ketahui cukup kejam terutamanya melibatkan syarikat motokar yang tidak memenuhi kehendak pengguna di luar sana.
Pada pemerhatian Berita Semasa, rakyat malaysia rasa dikhianati Proton apabila beli Proton Wira dan Gen2 contohnya. Proton ambil kesempatan terhadap sokongan rakyat tidak berbelah bagi kepada Proton semasa penjualan WIRA. Apabila sudah kecewa, susah untuk dapatkan kepercayaan balik. Dalam syarikat luar berlumba-lumba menghasilkan & menawarkan model terbaik mereka kepada pengguna.

Cara Meningkatkan Kembali Kepercayaan Model Kereta Proton?

Cadangan Berita Semasa terpulang kepada Proton untuk melaksanakannya atau tidak, turunkan harga tanpa mengabaikan aspek kualiti kepada pengguna. Inilah “harga yang perlu dibayar” oleh Proton bagi menebus kembali tindakan Proton sebelum ini jika benar-benar bercita-cita besar untuk meningkatkan saiz pasaran jualan kereta mereka di Malaysia pada masa akan datang. Bagi Berita Semasa kualiti produk Proton ada peningkatan tetapi dihimpit masalah kepercayaan daripada rekod buruk Proton sebelum ini.
  • Soalan Tan Sri Mohd Khamil Jamil kepada rakyat Malaysia : “Kenapa rakyat Malaysia tidak mahu beli motokar keluaran PROTON”. Mengapa?
  • Soalan Berita Semasa kepada Tan Sri Mohd Khamil Jamil : “Tan Sri Mohd Khamil Jamil…..kami tidak nampak pun model kereta kebangaan Proton di rumah Tan Sri di Kemensah. Hanya kelihatan model kereta Audi dan deretan kereta import yang lain. Mengapa Tan Sri? Di mana nilai model kereta Proton di garaj rumah Tan Sri?
P/S : Proton mengatakan sudah bersiap siaga dengan “globalization” & “free market”. Tetapi masih lagi mengeluarkan kenyataan seperti ini. Ermmmm…….Masih mengharapkan tongkat berterusan?

Khamis, April 24, 2014

Bagaimana ‘Liquid Paper’ Mendapat Nama

Bagaimana ‘Liquid Paper’ Mendapat Nama


Tahukah anda, benda putih yang digunakan di atas kertas untuk menutup kesilapan? Pada asalnya, ia dipanggil “Mistake Out” dan dicipta oleh Bette Nesmith Graham, seorang janda yang mula bekerja pada tahun 1951 untuk menyara diri dan anak lelakinya.

Walaupun bekerja sebagai seorang jurutaip, malangnya beliau bukan seorang jurutaip yang baik. Bosan dengan kesilapan semasa menaip, dia menggunakan cat tempera putih untuk menyembunyikan kesilapan. Dengan hanya menggunakan dapur dan garaj sebagai makmal dan kilang, beliau secara beransur-ansur membangunkan produk yang mula dibeli oleh jurutaip dan pekerja pejabat yang lain.

Sementara terus bekerja sebagai jurutaip, beliau mengembangkan pengetahuan dirinya dalam bidang perniagaan, promosi dan penyelidikan sehingga dia berpuas hati bahawa produk yang dibangunkan benar-benar berbaloi. Beliau kemudiannya menawarkan Mistake Out kepada IBM (International Business Machines) namun pihak IBM menolaknya.

Tanpa berputus asa, beliau tetap menjual produk ciptaannya dari rumah selama 17 tahun. Dalam masa itu, beliau telah menukar nama Mistake Out kepada Liquid Paper. Pada tahun 1968, perusahaan beliau mampu mengaut keuntungan dan pada tahun 1979, Gillette Corporation membeli Liquid Paper dengan bayaran $47.5 juta bersama royalti.


Bette Graham juga merupakan ibu kepada Michael Nesmith, salah seorang anggota kumpulan muzik The Monkees. Selepas kematian ibunya pada tahun 1980, Mike mewarisi sebahagian besar peniggalan ibunya.

Selasa, April 22, 2014

FAKTA YANG DI HILANGKAN


FAKTA YANG DI HILANGKAN DALAM SEJARAH DUNIA
OLEH PARA SEJARAWAN
Penghormatanku kepada Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...
aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. maka aku katakan "takkan dah habis semua tokoh islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"
beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.
aku menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan german mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. aku menjawab sumberku dari TV pastinya.
lalu dia berkata : " baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama........tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak british kepada scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak afrika selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"
aku meminta jawapan dari beliau. beliau menyambung : "ada dua sebab -
1. prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti. (sekarang telah berlaku....)
2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.
Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.
Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...
Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir khasnya Syeikh Amin Al-Husainiy
Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...
Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.
Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :
1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...
Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.
Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...
2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar
Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.
" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"
3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"
Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Selasa, Mac 25, 2014

CERMIN GELAP - JPJ..apa sebab salah?

Kebanyakan kereta import sudah sedia digelapkan dibahagian penumpang dan tempat letak barang. Dalam hal ini seharusnya ada timbang rasa dan kelonggaran bagi kenderaan MPV kerana kenderaan ini tidak mempunyai bonet tertutup dan boleh mendedahkan barang yang dibawa kepada risiko kecurian atau pecah kereta.


Malah konsep rekaan ini telah dikaji oleh negara maju seperti Jepun kerana telah melihat jauh kehadapan bagi menjamin keselamatan barang dan juga penumpang. Maka dalam hal seharusnya JPJ boleh bersikaplebih mesra pengguna.

Penggunaan tinted gelap sebenarnya adalah untuk mengelakkan cuaca panas dan kehilangan barangan berharga. Dalam konteks penggunaan cermin gelap yang kononnya dijadikan isu besar oleh pihak JPJ, maka kami amat menuntut JPJ untuk menjawap persoalan berikut :

• Apakah kesan pemakaian cermin gelap boleh meningkatkan kadar kemalangan jalanraya ? Jika ada berapakah angka sebenar punca cermin gelap yang boleh dikaitkan dengan peningkatan kadar kemalangan jalanraya di negara kita. Apakah dengan menguatkuasakan cermin cerah boleh dibuktikan pula dapat mengurangkan kadar kemalangan ?

• Adakah JPJ sedar bahawa ada faktor yang lebih utama dan sangat signifikan iaitu faktor jalanraya di Malaysia yang tidak diselanggara dengan baik, garisan putih yang pudar di kebanyakkan jalanraya menyebabkan banyak kenderaan terbabas ? Selain itu faktor keadaan kenderaan seperti tayar botak, modifikasi terhadap enjin serta sikap pemandu lebih merupakan sebab utama yang seharusnya diberikan perhatian oleh JPJ Malaysia.

• Bagaimana pula kenderaan perdagangan seperti van yang mempunyai penutup besi di keseluruhan bahagian belakang yang bertujuan menutup barang-barang yang dibawa. Bukankah van ni juga mungkin membawa barang yang diragui dan mungkin membawa penjenayah ?

• Kenapa bas ekpress boleh menggunakan cermin gelap atau langsir untuk penumpang mereka yang bagi saya juga adalah kesalahan yang sama ?

• Bolehkah JPJ menjamin keselamatan barang dalam kenderaan MPV selepas ini jika kenderaan kami dipecahkan kerana pencuri dapat melihat apa yang ada dalam bonet MPV kami ?

• Apakah ada peraturan yang berbeza kepada orang yang berbeza, umpamanya kenapa VVIP boleh bercermin gelap sedangkan rakyat biasa tidak boleh ? Sedangkan sebagai pemimpin dan milik rakyat mereka sepatutnya memasang cermin cerah untuk kami melihat pemimpin setiap kali mereka berada di dalam kenderaan.

• Apakah bezanya peraturan ini dengan peraturan di negara lain ? Mengapa peraturan ini tidak dikuatkuasakan di negara lain ? Adakah negara lain tidak cerdik atau JPJ kita yang tidak cerdik mencipta peraturan. Pernahkan JPJ menkaji akta lapuk yang sudah ketinggalan zaman ini dengan negara lain?

• Adakah JPJ sedar bahawa semakin banyak akta yang mengarut dan peraturan yang pelik semakin banyak pula kadar kemalangan, dan ianya bukan berkaitan dengan cermin gelap seperti yang cuba diwar-warkan. Malah JPJ sudah hilang fokus kepada keutamaan mereka dalam hal-hal yang boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan atau membantu kerajaan dalam hal ini. Fikirkan secara inovatif dan matang dalam mencari kaedah baru atau peraturan yang mesra pengguna. Jika perlu lihatlah kaedah negara maju dalam usaha mereka mengurangkan kadar kemalangan dan peraturan yang mereka ada.

• Kenapa JPJ menghalang kreativiti dan hak kami sebagai pemilik kenderaan dan dalam masa yang sama menghalang rezeki kedai-kedai aksesori mencari sumber rezeki.

• Adakah adil tindakan JPJ ini kepada rakyat sedangkan slogan kebajikan rakyat tidak diendahkan atas faktor mempunyai kuasa menyaman dan hilang pertimbangan budi bicara dalam isu yang amat remeh dan kecil ?

Justeru itu kami ingin bertanya:

APAKAH RAKYAT MALAYSIA BERHAK MEMBAWA KES KE MAHKAMAH JIKA KENDERAAN DISAMAN BERHUBUNG CERMIN GELAP?

Jika BOLEH:

Alasan yang diberikan tadi boleh dijadikan hujah pembelaan untuk mempersoalkan tindakan JPJ dengan akta yang tidak mesra rakyat dan double standard. Justeru diharap semua rakyat Malaysia harus sama-sama berani untuk berhadapan dengan JPJ dalam isu-isu yang melibatkan hak kita sebagai pengguna.

Bawalah kes ke mahkamah jika anda rasa kita sebagai pengguna boleh menang..Mungkin sebagai pengguna kita boleh meletakkan SAMAN RM1 JUTA atau yang berbaloi.

Kalau kita kalah pun hanya perlu membayar saman sekitar RM300 sahaja. Biar kita penat sikit tapi ada ketikanya Penguatkuasa JPJ Malaysia wajar juga disusahkan sedikit sebagaimana mereka jarang menggunakan budi bicara ketika berhadapan dengan kita.

Seharusnya peraturan dan akta yang 'terlalu lapuk' dan 'tidak sesuai dengan zaman' wajar dipinda. Berilah peluang kepada kedai aksesori kenderaan mencari rezeki melalui perniagaan ini. Malah tindakan menyaman kereta yang menggunakan ‘nombor spray’ atau ‘nombo tidak timbul’ juga amat tidak wajar kerana nombor yang sama digunakan oleh kenderaan Singapura serta agensi kerajaan.

Mengenai cermin gelap pula, alasan cuaca di negara kita juga menyokong keperluan cermin gelap berbanding di Jepun yang lebih sejuk. Alasan mengaitkan kejadian jenayah dengan pemasangan cermin gelap pun amatlah dangkal sedangkan ramai pegawai polis atau JPJ juga menggunakan cermin gelap di kenderaan mereka.

Selidiki dahulu pandangan orang ramai dan citarasa mereka selagi ianya tidak menyentuh aspek keselamatan dan mengganggu orang awam. Penuhi harapan rakyat Malaysia yang kreatif dan berinovasi seiring slogan Rakyat Didahulukan.

Rabu, Mac 19, 2014

Suara hati Dr Mahathir

SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka. Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.

Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.

Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.

Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.

Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.

Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan. Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.

Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.

Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah. Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.
Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini. Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut. Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka. Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.



© Utusan Melayu (M) Bhd