Rabu, Ogos 09, 2006

Lagu Ebby Saiful

Lagu Debu Di Hati, bila didengar.. syahdu melodinya, petikan gitarnya best, sungguh KerepeK cakap.. mula ambil pehatian lagu ni bila adik KerepeK suruh KerepeK cari lagu ni, tapi tidak jumpa, dia jugak yang jumpa dan dia yang bagi lagu ini.. hehe..!
Buat Yang Tercinta pun best jugak.. pianonya single tapi best!

Muaturun, klik jerr tajuk lagu..
Ebby Saiful - Debu Dihati
Ebby Saiful - Buat Yang Tercinta
- tiada lirik, ada sumbangan? -

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ebby Saiful - Buat Yang Tercinta

Resah..
Ku dalam kesepian
Kini kerinduan
Dirimu, di mana gerangan
Senyumanmu sinar matamu
Hadir di dalam impian

Sunyi..
Kini ku rasakan
Inginku titipkan rinduku pada angin lalu
Ku nantikan dan ku nantikan
Saat kau datang padaku

* (Korus)
Ku bawa dikau dalam mimpiku
Hatiku memanggil namamu
Dengarkah dikau suara hatiku
Membisik ku rindu padamu

**Dikau..
Yang sangat ku sayang, kini berjauhan
Bilakah masanya bersua
Inginku curahkan segalanya
Buat dikau yang tercinta

Ulang * dan **

Buat dikau yang tercinta (2x)

Tanpa Nama berkata...

Ebby Saiful - Debu Di Hati

Betapa kasih penuh harapan
Berderai jua di pertengahan
Sebutir embun ku sangka permata
Hilang ke mana

Tiada ku duga hanya sementara
Kebahagiaan yang dikecapi
Datang rintangan meragut segala
Hampanya hati

(Korus)
Perpisahan tiada mungkin kan terjadi
Andainya kau dapat bersabar dan mengerti
Tapi sayang, kau terlalu turutkan hati
Tanpa memberi kesempatan aku menjelaskan

Apa gunanya ku mengharap lagi
Sedangkan engkau terus mengeji
Segala harapan menjadi debu
Dalam hatiku

Ulang Korus sampai habis

Tanpa Nama berkata...

Kedua2 lagu yg menyentuh perasaan...Slalu membuai tido suatu tika dulu....(Skrg elak nak spin sbb tak nak mimpi sedih...hehehee)

Tanpa Nama berkata...

ada lagi tak lagu2 ebby saiful ni.... i mmg suke la suara dia ... the way he deliver the songs sunggup romantik.. kalau boleh tolong la dapatkan lagi lagu2 dia.. setahu i memang byk jgk kan.. untuk drama tahun 80an dulu dulu.... anyway this 2 song mmg tak puas dengar!!!!! thanks a lot!!

Tanpa Nama berkata...

skang dah tak boleh download...kenapa? saya memang cari lagu debu hati tu...

Tanpa Nama berkata...

slalu dengart lagu ni. siap simpan video clip lagu ni dlm pc aku. lagu ni best, syahdu sgt. bile dengar teringat zaman dolu2..ali setan.