Rabu, Jun 21, 2006

Jaclyn Victor - Wajah

Pada awal dengar lagu ni sebelun dijadikan lagu tema Bersamamu TV3, KerepeK dengar biasa2 ajer, tapi bila dah jadi lagu tema naik sedap didengar dan telah membuat KerepeK capai telpon dan SMS mana yang termampu. Sebuah rancangan yang telah membuka mata bahawa tidak semua manusia senang dan kita yang senang perlu membantu mereka yang memerlukan bantuan. Ya ingat TANGGUNGJAWAB kita.
- URL terbaru daripada ::azlina zabha - TQ
Jangan lupa SMS untuk Bersamamu TV3:
JaclynVictor - Wajah

Laman utama BERSAMAMU : http://bersamamu.tv3.com.my/

Berbumbungkan angkasa kelabu
Lantainya bumi retak seribu
Setiap langkah perjalananmu
Beronak berliku

Betapa berat mata memandang
Berat bahu menggalas bebanan
Belum sempat menitis ke pipi
Tangisan kering sendiri

Berkali tersungkur
Pandanganmu kabur
Namun azam meneruskan hidup
Tak pernah luntur

Engkaulah perwira
Di medan derita
Merentasi ranjau kehidupan
Dengan harapan

Luahan rasa derita jiwa
Pada wajah tiada rahsia
Menunggu malang berganti tuah
Usah kau berputus asa
Kaulah wira

2 ulasan:

mon @ hanif berkata...

lagu nih ok cuma ada muzik belah kiri jaa.. kalau belah kanan skali skala.. iskh2.. tukar yer dgn versi yg dpt didengar oleh kedua2 channel

Tanpa Nama berkata...

yala..tukarkan la channel..lagu baik jangan diburukkan dgn quality-nya...