Isnin, April 24, 2006

Gurindam Jiwa

KerepeK ambil daripada filem 'Gurindam Jiwa' tahun 1966 lakunan Nordin Ahmad dan Latifah Omar, orang jahatnya Malek Selamat, sebab itulah lagu tidak penuh sebab terlambat tekan butang rekod, tapi ok lerr dapat jugak kita kongsi bersama menikmati sebuah lagu lama yang memang dalam isi ceritanya, bertapa SETIAnya pasangan kekasih tur meluahkan kata sumpah SETIA.. penyanyi sebenar lagu ini adalah : R.Ismail & Rafeah Buang penulis lagu serta lirik adalah Wandly Yazid.

Jom bergurindam dengan lagu ini:
R.Ismail & Rafeah Buang - Gurindam Jiwa
(P)
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
(L)
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
(P)
Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak kulupa
Sebagai rambut bersimpul mati
(L)
Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun kembali juga
(P)
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
(L)
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan
(L&P)
Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu Syurga.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hi bro... boleh tak upload balik lagu nih... lama dah carik nih.. mekasih.. jasa mu ku kenang..

Tanpa Nama berkata...

saya mohom pada pihak tuan untuk upload lagu nie kerna saya dah lama cari lagu nie

Tanpa Nama berkata...

leh upload balik x lagu ni. pleaseeeeee

Tanpa Nama berkata...

leh upload blk x lagu ni..please..i need it..

Tanpa Nama berkata...

Saya minta lagu ni diuplodkan lagi kerana ramai yang nak lagu ni sebagai koleksi...

Kasim Baba berkata...

Lagu ni boleh didownload di
http://www.4shared.com/file/56499343/6e60fc21/Rafeah_Buang__R_Ismail_-_Gurindam_Jiwa.html