Ahad, April 30, 2006

Adibah Noor - Terlalu Istimewa

Bila disebut nama "Adibah Noor" kita akan kenal dia daripada iklan TV yang pernah dia lakunkan, dan ada orang tidak tahu bahawa Adibah Noor sudah ada albumnya sendiri. Dikatakan perbelanjaan untuk pembikinan album tersebut ditanggungnya sendiri, ini kerana fizikalnya orang macam tidak berkeyakinan bahawa albumnya akan laku. Seperti yang KerepeK katakan "kita" lebih pilih penampilan daripada kualiti persembahan suara. Adibah Noor adalah seorang juara dalam satu pertandingan, suaranya memang POWER dan dia telah terpilih sebagai juara. Begitulah nasib penyanyi kita yang ada bakat besar tetapi "kita" hanya pilih penampilan terlebih dahulu daripada kualiti yang ada.
Keseluruhan album Adibah Noor ini agak slow pada pendapat KerepeK, lagu yang ada perlu didengar banyak kali baru jatuh hati dan berkenan, ini adalah salah satu lagu yang KerepeK rasa menarik..

Muaturun untuk ketahui isinya:
Adibah Noor - Terlalu Istimewa
- daripada ::Kotak Lirik -

Ku tak tergambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju

(Korus)
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu

Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingnya
Mendengar cerita
Sekadar rahsia

(Ulang korus)

Tak tertanggung rindu…
Mendengar suaramu…
Tawa mengusik jiwa…
Oh…

(Ulang korus)