Rabu, Ogos 09, 2006

Lagu Ebby Saiful

Lagu Debu Di Hati, bila didengar.. syahdu melodinya, petikan gitarnya best, sungguh KerepeK cakap.. mula ambil pehatian lagu ni bila adik KerepeK suruh KerepeK cari lagu ni, tapi tidak jumpa, dia jugak yang jumpa dan dia yang bagi lagu ini.. hehe..!
Buat Yang Tercinta pun best jugak.. pianonya single tapi best!

Muaturun, klik jerr tajuk lagu..
Ebby Saiful - Debu Dihati
Ebby Saiful - Buat Yang Tercinta
- tiada lirik, ada sumbangan? -

6 ulasan:

  1. Ebby Saiful - Buat Yang Tercinta

    Resah..
    Ku dalam kesepian
    Kini kerinduan
    Dirimu, di mana gerangan
    Senyumanmu sinar matamu
    Hadir di dalam impian

    Sunyi..
    Kini ku rasakan
    Inginku titipkan rinduku pada angin lalu
    Ku nantikan dan ku nantikan
    Saat kau datang padaku

    * (Korus)
    Ku bawa dikau dalam mimpiku
    Hatiku memanggil namamu
    Dengarkah dikau suara hatiku
    Membisik ku rindu padamu

    **Dikau..
    Yang sangat ku sayang, kini berjauhan
    Bilakah masanya bersua
    Inginku curahkan segalanya
    Buat dikau yang tercinta

    Ulang * dan **

    Buat dikau yang tercinta (2x)

    BalasPadam
  2. Ebby Saiful - Debu Di Hati

    Betapa kasih penuh harapan
    Berderai jua di pertengahan
    Sebutir embun ku sangka permata
    Hilang ke mana

    Tiada ku duga hanya sementara
    Kebahagiaan yang dikecapi
    Datang rintangan meragut segala
    Hampanya hati

    (Korus)
    Perpisahan tiada mungkin kan terjadi
    Andainya kau dapat bersabar dan mengerti
    Tapi sayang, kau terlalu turutkan hati
    Tanpa memberi kesempatan aku menjelaskan

    Apa gunanya ku mengharap lagi
    Sedangkan engkau terus mengeji
    Segala harapan menjadi debu
    Dalam hatiku

    Ulang Korus sampai habis

    BalasPadam
  3. Kedua2 lagu yg menyentuh perasaan...Slalu membuai tido suatu tika dulu....(Skrg elak nak spin sbb tak nak mimpi sedih...hehehee)

    BalasPadam
  4. ada lagi tak lagu2 ebby saiful ni.... i mmg suke la suara dia ... the way he deliver the songs sunggup romantik.. kalau boleh tolong la dapatkan lagi lagu2 dia.. setahu i memang byk jgk kan.. untuk drama tahun 80an dulu dulu.... anyway this 2 song mmg tak puas dengar!!!!! thanks a lot!!

    BalasPadam
  5. skang dah tak boleh download...kenapa? saya memang cari lagu debu hati tu...

    BalasPadam
  6. slalu dengart lagu ni. siap simpan video clip lagu ni dlm pc aku. lagu ni best, syahdu sgt. bile dengar teringat zaman dolu2..ali setan.

    BalasPadam