Rabu, April 19, 2006

Linda Nanuwil - Jika Kau Kekasih

Pusing2 Canter Point KK ternampak satu album pk Kerepek album baru rupa2nya dah lama. (Dua sebab, mungkin kerana KerepeK ni kurang membaca majalan hiburan atau kurang promosi, tak tahu mana betul) C Linda AF2 dah pun ader album baru telah dipasaran pada 24 Oktober 2005, lama dah tur. Dalam album itu hanya ada 8 lagu sahaja, kalau keset RM16.80 dan CD RM25.00. Kalau beli keset hanya dapat 8 lagu sahaja, tapi CD dapat plak VCD semasa Linda buat persembahan di AF tur ari, jadi ok lerr beli CD kira macam untung ler, kualiti bunyi pun lebih baik CD. Pada KerepeK semua lagu dalam album tur BEST boleh bagi 3.8 bintang daripada 5. Tapi yang hairan kenapa mesti ada lagu Sabahan, bukan KerepeK tak suka, rasa macam dah jadi pesen lak mesti ada macam tur, C Nikki pun macam tur, nanti agak kalau Bob buat album ader lak lagu Sarawak.
Teguran daripada KerepeK kepada syarikat pengeluar album Linda. KerepeK betul2 rasa amat terkilan sebab kualiti bunyi keset "TERUK".. CD ok lak (nasib beli CD) kenapa mesti macam tur?? Dan terlalu banyak kesilapan ejaan pada isi kulit album (CD dan keset sama) apa hal macam tur? Nama penulis lagu dan lirik pun beterabur ada ker lagu "Aku Cinta Kamu" ditulis oleh Linda dan Loloq, nasib lah KerepeK tahu itu cintaan Ajai dan Nurul, kalau tak hidup2 "tipah tertipu". Tak ada orang yang buat suntingan atau kerja sekadar melepaskan "batuk kering TB" di tangga rumah flat (tinggi tur).
Sayang rasanya lagu2 yang ada bermutu tetapi hiasan tambahan memburukkan keadaan. Hormatilah pelaburan pembeli, RM25.00 banyak tur, makan 4 orang kenyang oo.

Jom berkasih, klik tajuk lagu jer..:
Jika Kau Kekasih - lagu Ajai, lirik Nurul
- tiada lirik, ada sumbangan? -

5 ulasan: