Devotees - Tika Dinihari
- tiada lirik, ada sumbangan? -
KerepeK ambil daripada filem 'Gurindam Jiwa' tahun 1966 lakunan Nordin Ahmad dan Latifah Omar, orang jahatnya Malek Selamat, sebab itulah lagu tidak penuh sebab terlambat tekan butang rekod, tapi ok lerr dapat jugak kita kongsi bersama menikmati sebuah lagu lama yang memang dalam isi ceritanya, bertapa SETIAnya pasangan kekasih tur meluahkan kata sumpah SETIA.. penyanyi sebenar lagu ini adalah : R.Ismail & Rafeah Buang penulis lagu serta lirik adalah Wandly Yazid.
Lagu nyanyian Hetty Koes Endang ciptaan Rinto Harahap, daripada catatan keset KerepeK lagu ini dikeluarkan dalam tahun 1984 dalam album 'Hati Lebur Jadi Debu'. Lagu telah diminta oleh encik ::juragan07::
Sebuah lagu nyanyian dari kumpulan Ruffedge berjodol Lemas turut dinyanyi sama Benervie (entah sapa tah ni) dan lagu ini diminta oleh ::dania:: dan tiada sebarang ucapkan untuk sesaper.. lagu untuk diri sendiri syok sendiri. Lagu dipetik dari album baru memuat 14 lagu termasuk sebiji boom (Da'Bomb) bahaya ni album hehe, sudah ler ader boom melemaskan lagik! Yok kita dengar..hanya untukmu-mawi
lagu/lirik:megat azwar
bulan bintang
cahayamu menyinar lagi
dinihari berganti zaman
malamkan hiba
siulan irama
akau menjadi saksimu
jendela bumi dihujung dunia
akan kuteruskan nyawaku untukmu
c/o:
kan ku junjungkan namamu ke pintu syurga
kanku pejamkan mataku buat selamanya
dirimu menyinari bagaikan sang helang tiba
akan kuteruskan langkahku untukmu
kan ku kibarkan sayapku melindungimu
kan ku binakan mahligai istana
hanyalah untukmu sayang
hanyalah untukmu saja
pejamkan matamu
jangan kau lihat hariku
hadirmu jua bagaikan janji
akan ku teruskan nyawaku untukmu
Pusing2 Canter Point KK ternampak satu album pk Kerepek album baru rupa2nya dah lama. (Dua sebab, mungkin kerana KerepeK ni kurang membaca majalan hiburan atau kurang promosi, tak tahu mana betul) C Linda AF2 dah pun ader album baru telah dipasaran pada 24 Oktober 2005, lama dah tur. Dalam album itu hanya ada 8 lagu sahaja, kalau keset RM16.80 dan CD RM25.00. Kalau beli keset hanya dapat 8 lagu sahaja, tapi CD dapat plak VCD semasa Linda buat persembahan di AF tur ari, jadi ok lerr beli CD kira macam untung ler, kualiti bunyi pun lebih baik CD. Pada KerepeK semua lagu dalam album tur BEST boleh bagi 3.8 bintang daripada 5. Tapi yang hairan kenapa mesti ada lagu Sabahan, bukan KerepeK tak suka, rasa macam dah jadi pesen lak mesti ada macam tur, C Nikki pun macam tur, nanti agak kalau Bob buat album ader lak lagu Sarawak.